PPA1M Desa Bayanmas

Introduction

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Untuk permohonan, sila daftar di sini

Nikmati corak kehidupan yang kondusif disamping keluarga tersayang dan dikelilingi suasana kejiranan yang harmoni, saling melengkapi antara satu sama lain. Menjanjikan gaya hidup yang selesa dan ruang rumah yang lebih luas, kini Desa Bayanmas menawarkan seleksi reka bentuk rumah berkembar setingkat, teres setingkat dan dua tingkat. Rebutlah peluang pertama dan terakhir ini. Selain itu, lokasinya yang ideal terletak di Utara Kedah serta berhampiran dengan pelbagai kemudahan prasarana seperti RTC, bank, pasar raya, restoran keluarga, sekolah, institusi-institusi pengajian seperti UUM, UniMAP dan lain-lain lagi menjadikan Desa Bayanmas sebagai sebuah taman yang komprehensif.

Ciri-ciri menarik rumah Berkembar 1.5 tingkat - Pyrus:
  • 4 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Penggunaan Monier CoolRoof yang dapat menurunkan suhu rumah dan menjimatkan penggunaan elektrik
  • Floorboard khas untuk penampilan elegan
  • Penggunaan Panel Conwood, bebas anai-anai dan kalis api
  • Jubin homogeneous White Horse bersaiz 24" x 24"
  • Siling plaster penuh termasuk anjung kereta

  • Ciri-ciri menarik rumah Teres Setingkat - Citrus II:
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Siling plaster keseluruhan dalaman
  • Ruang tamu dan ruang makan yang berasingan dan luas
  • Kemasan dinding dengan cat Nippon Paint
  • Penggunaan Sistem binaan Berindustri (IBS)
  • Sinki dapur keluli tahan karat

  • Ciri-ciri menarik rumah Teres 2 tingkat - Zenia & Cyprus:
  • 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi
  • Anjung kereta sesuai untuk 2 buah kenderaan
  • Siling plaster keseluruhan dalaman
  • Ruang tamu dan ruang makan yang berasingan dan luas
  • Kemasan dinding dengan cat Nippon Paint
  • Penggunaan Sistem binaan Berindustri (IBS)
  • Balkoni yang luas
  • Penggunaan jubin homogeneous White Horse bersaiz 24" x 24"



  • License info

    Layout Plan

    Type of Properties


    Zenia (Jenis A)  

    Double Storey Terrace
    Specifications


    Cyprus (Jenis B)  

    Double Storey Terrace
    Specifications


    Pyrus  

    1½ Storey Semi-Detached
    Specifications


    Citrus II  

    Single Storey Terrace
    Specifications

    Location Map

    E-Brochure