Taman Songket Indah

Introduction

Seiring dengan citarasa pemilik kediaman masa kini, Taman Songket Indah muncul dengan rekabentuk kediaman moden yang praktikal. Terdiri daripada 62 unit kediaman jenis teres setingkat yang dikenali sebagai Iora ini pasti akan menceriakan keluarga anda. Penampilan ruang yang lebih luas dan penggunaan material berkualiti tinggi seperti jubin seramik berjenama White Horse dan cat berjenama Nippon Paint meningkatkan lagi mutu kediaman ini.

Selaras dengan perkembangan revolusi teknologi bahan binaan dalam industri pembinaan, Kumpulan Jesin merupakan pemaju pertama di utara Malaysia yang menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam projek-projeknya, termasuk projek Taman Songket Indah ini. Sistem pembinaan ini merupakan sistem yang lebih efisien dan juga lebih mahal berbanding penggunaan batu-bata tanah liat ataupun simen. Penggunaan blok-blok IBS mempunyai banyak kelebihan dari aspek kualiti yang lebih baik, ketahanan beban galas yang tinggi, kedap bunyi dan tidak mudah retak serta tempoh pembinaan yang lebih singkat.

Selain itu, lokasinya yang strategik iaitu di Lencongan Timur, memudahkan penduduk taman ini untuk mengakses tempat-tempat lain dengan mudahnya. Kedudukannya juga berhampiran pusat bandar Sungai Petani dan dikelililingi pelbagai kemudahan lain seperti Masjid Batu Dua, Hospital Sultan Abdul Halim, Pasaraya Econsave, Stesen Minyak Petronas, Restoran KFC 24-Jam, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), dan lain-lain fasiliti yang menjadikan taman ini sangat ideal dan sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang mendambakan sebuah kehidupan yang lengkap dan ringkas.

Ciri-ciri menarik yang memberikan keselesaan pada kediaman Iora ialah:
  • 3 bilik tidur yang luas dan selesa.
  • 2 bilik mandi dengan kemasan berkualiti-jubin dinding berjenama White Horse.
  • Anjung kereta berbumbung sesuai untuk 2 buah kenderaan.
  • Siling plaster di bahagian dalaman rumah.
  • Kemasan dinding Skim Coat seluruh rumah (dalaman) dan sapuan cat berjenama Nippon Paint.


  • *Spesifikasi ini merupakan ringkasan sahaja, sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut.

    License info

    Layout Plan

    Type of Properties


    Iora  

    Single Storey Terrace
    Specifications

    Luas Tanah : 20' x 70'
    Luas Binaan : 20' x 45'

    Location Map

    E-Brochure