Desa Bayanmas (Phase 1B)

Introduction

Perbandaran yang seluas 90.2 ekar ini sudah lama dinanti-nantikan kerana gaya hidup yang kontemporari, harga hartanah yang berpatutan, suasana kehijauan yang memenangkan hati dan infrastruktur bandar yang komprehensif. Lokasi strategik Desa Bayanmas yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan, menjanjikan akses mudah ke Changlun, Jitra dan Kangar. Semua ciri-ciri ini menonjolkan potensi pelaburan yang amat luas.

Infrastruktur yang berdekatan serta di sekeliling Desa Bayanmas amat komprehensif, dibina untuk memenuhi setiap keperluan kehidupan. Kemudahan yang amat berdekatan termasuklah bank, pasar basah dan kering, Pasaraya C-Mart, kedai runcit, hospital, klinik, pejabat pos, sekolah, Politeknik Jitra, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Ciri-ciri menarik yang memberi elemen kemudahan dan keselesaan kediaman di Desa Bayanmas*
  • Anjung kereta untuk 2 buah kenderaan
  • Siling plaster penuh termasuk anjung kereta
  • Jubin 16" x 16" berjenama "White Horse"
  • Dinding kemasan skim coat
  • Halaman kediaman yang luas
  • Ruang makan yang berasingan
*Sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut

Selain itu, Fasa 1B menawarkan rumah teres setingkat yang dilengkapi dengan bahan pembinaan lebih berkualiti seperti:
  • Bilik mandi (lantai) – Jubin seramik bersaiz 10” x 10” (lantai)
  • Bilik mandi (dinding) - Jubin seramik bersaiz 10” x 13”, ketinggian 7’ (bilik mandi utama) & ketinggian penuh (bilik mandi 2)
  • Tandas duduk tanah liat
  • Sinki dapur keluli tahan karat (stainless steel)

CCC diperolehi

License info

Layout Plan

Type of Properties


Dahoma II  

Single Storey Terrace
Specifications

Land Size : 20' x 70'
Built Up : 20' x 43'


 

Single Storey Terrace
Specifications

Land Size : 20' x 70'
Build Up : 20' x 43'

Location Map

E-Brochure